Want your
own Fotopage?






 
Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 08:25 Email | Share | Bookmark
Resipi Daging Korban

 
 
 
 
Quote:
Teman x banyak dapat daging korban tahun nih sbb teman beraya kat kampung...di kampung teman pun hanya korban 4 ekor lembu...kalo kat S.alam tu, mmg byk dapat...siap daging unta lagi...
Kalau sebelum ni, daging korban nih teman perap hampir setahun baru nak masak, tahun ni improve sket, bkn sket tau...banyaaakkkkkkkkkk.... jadi weekend td teman masak ler daging2 nih...sbb hubby teman pun dah bersuara....nak bekukan smpi keras cmner br nak masak daging tu...adehhh....

Godek2 myresipi. teman jumpa la resipi Chicken Pie...tp teman tukor ler guna daging....tp teman rasa, pastri dia rapuh sket & x cocok dgn selera teman...dah tekak org kampung, jd bila yg pelik2 mcm ni mula la nak makan tenung2 sket anak2 lak pakat korek makan inti daging tu jer



Ini ler rupa Pie Daging Korban teman


Quote:

CHICKEN PIE / BEEF PIE
Sumber pastri dr Myresipi
Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )
DOH PIE :
150gram butter
280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE: (Style teman)
1 biji kentang (potong dadu)
(*) ½kg daging hancur
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
*Sos tiram
*Sos Cili
*Sos Tomato
lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
>Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
>Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar ..
>Masukkan daging & carrot
>Masukkan semua sos & lada sulah..
>Rasa dulu sblm menambah garam sbb pada teman gabungan sos2 tu dah ckup rasa.
>Kacau rata, dan masukkan bancuhan tepung jagung.
>Angkat, & masukkan dlm penapis santan supaya semua minyak dpt tos..

CARA-CARA MEMBUAT DOH:
Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata.
Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie.
Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera




Quote:
Yang ni lak Daging Korban masak Sos Tiram special request dr my hubby.....ada cerita tau di sebalik resipi bantai nih....kerana daging sos tiram ni ler hubby ku nekad menukar statusku dari sahabat karib kepada isteri LOLhuhu..mcm drama swasta u... (ms bujang dulu teman x reti masak, yg teman tau masak spesel sket ini ler dianyerr...nak jd cerita, kunun terajin teman bwk bekal gi keje...dah nama kwn baik, ajak ler dia mkn sekalik...tup2...dlm diam dia sudah feeling daaaa...muahahaha opsssssssss....terlajak berceloteh lak...

Daging Masak Sos Tiram
Bahan:-
½kg daging batang pinang (hiris nipis) - sbb teman guna daging korban, teman kene rebus dulu kasik empuk
*1 labu bawang besar - hiris
*2 ulas bawang putih - hiris
*1 inci halia - hiris
*1 biji capsicum
*2 biji cili merah
*2 biji cili hijau
*5-6 biji cili padi
3 sdb sos tiram
1 sdb tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Bunga kobis / brokoli / carrot (pape sayur leh masuk)
Minyak untuk menumis

>>Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * sehingga layu
>>Masukkan daging & sedikit air...masak sehingga daging empuk
>>Bila daging empuk, masukkan sos tiram & sedikit air.
>>Masukkan semua sayur.
>>Masukkan bancuhan tepung jagung..kacau lg hingga masak.
>>Rasa dulu sblm menambah garam sbb sos tiram dah masin.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net