Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 01:17 Email | Share | Bookmark
EDISI KUIH RAYA

 
 
 
25 Ramadhan...
Ramadhan beransur pergi, Syawal datang lagi...Dalam gembira jangan lupa pada yg tiada...

Tahun ni spt tahun2 sblm ini, selepas perginya MIL, teman akan beraya di kampung teman (Sungai Besar)..teman akan balik kampung pada 28hb ni & akan berada di sana sehingga 4 October..
teman akan memandu berseorangan dgn anak2 saje sbb hubby teman hanya akan balik pada malam raya..jd teman plan utk bertolak pada sebelah pagi utk mengelakkan kesesakan & keletihan...

Dan di bawah ni adalah kuih2 raya yg teman godek2 utk dijadikan buah tangan utk mak teman...thn ni rasa bangga sket sbb kuih buat sendiri, x mcm sblm ini sumer teman tunjuk jerr...

Stlh ditunjuk ajar oleh Maklang (mmmuaaahhhhh maklang)..akhirnya shortbread teman ni ada la rupe..teman juga mendpt tempahan dr jiran tentangga utk kuih ni...
Quote:

Biskut Shortbread/Choco Batik (copy paste trus dr FP Maklang)
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (alas bhg basenya saje...)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)...jgn kering nanti bkut berderai
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

Nota maklang : mklang buat 1/2 adunan utk loyang kecik (50 petak), maklang bakar hingga kecoklatan basenya. Utk topping coklat tu jangan guna majerin utk cairkan coklat kerana tak berkilat wpun boleh tapi tak cun, guna shortening aje ye



Nama jer hazelnut ball tp teman x guna pun kacang hazel, teman tuko dgn serbuk badam...topping white choc. tu x licin sbb lupa ltk shortening....puasa ler katakan, jd sumer dah mamai
Resipi dr Kak Hanieliza chef tersohor
Quote:

BISKUT HAZELNUT BALLS
Sumber dr Hanieliza
Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ] < teman tukar serbuk badam
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil


Yang ni pulak memandai tuko jd Almond London.. spttnyer Almond Sweeties..teman tuko nama sbb teman taruk badam biji sbg inti... juga resipi dr Kak Hanieliza..
Quote:

BISKUT ALMONDS SWEETIES
Sumber Hanieliza

Bahan[/b]
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara
>>Adik yg tolong tabur manik coklat kaler2 tu..mula nak tabur almond nib, tgk dia dah angkut bekas manik tu..ikutkan jerrr


>>Teman beri 5 bintang utk resipi2 kat atas ni...mmg sedap biskut2 ni...terima kasih byk2 pada maklang & kakliza yg tlh berkongsi resipi yg mabeles ini..lg 1 yg menjadikan sedap sbb teman yg buat kot...muahahahaha..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net