Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-May-2008 06:21 Email | Share | Bookmark
ANOTHER MOTHER'S DAY CAKES....

 
 
Kek Hari Ibu lagi..permintaan adik teman..teman deco simple2 jer..x yah bunga bagai..bahan2 buat kek dah melambung naik..so sbb x nak naikkan harga, teman kene wat something lerrr..tp kek kt bawah nih, spesel price lerrr...lbh kurang kata org..asal blk modal..
Untuk kek ini, teman guna Kek Coklat Kukus Zaiima RNET..(zaiima nih, zaiy dubai tu ker )



Quote:

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA

Sumber: Zaiima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli


Teman melabun..
Quote:
<Liz> dorg nak request mcm2 boleh..janji dorg makan..jgn dok suker mkn cream jerrr
<umieaisyah> Sumer dah mahal umie..kt BAGUS, cream cheese dulu RM4.90 skrg dah RM6.00..terbeliak bijik mata akak
<fara> Kene berjimat ler fara..cust. lak rege nak murah tp deco or kek kene ikut lamanyerr..fenin2
<FazzaRina> wei2!! apa tag2 nih amboiii..ko thn depan jwb yerr..
<ummisyahir>Teman br pasang enjin turbo
<shima>blk ler dulu..br leh minta mcm2..baper bijik nak??klu x mkn kang..siap!!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net