Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Apr-2008 07:25 Email | Share | Bookmark
DONAT

 
 
 
 
Ini yg teman hangin nih..penat2 taip panjang2, streamyx lak down..grrrrrr hilang trus mood teman nak menaip..cissss..

SNOW VERSION

COLOURING VERSION

DARK BLACK VERSION- msh atas wire rack lagik


DONAT BY SKYBLUE@MYRESIPI / ALLRECIPIES.COM
Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
[color=darkred][i]Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati.

Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas


Quote:
Teman melabun..
MamaFami > Jco ma??

shima > 5 bijik???uikssss..kuat tul makan, org kecik jerrr..

zaiy > try la resipi skyblue nih..gerenti anak2mu mkn 5 biji sorg cam dak shima tu:groucho:

hajar > ngap ler hajar..ekekeke..pilih mana satu nak??

nor > pokok donut dah start bebuah la nor

mamaaina > TQ sudi singgah FP i yg huduh nih..donut nih mmg paberet bdk2, lg2 yg ada coklat

mamasya > kena la buat ma..buat byk kit, than pos ler seketul dua ke S.alam

jeff > mmg x sesuai utk diabetic..utk yg sihat pun, x leh mkn sllu, nnti kembang mcm donut

syakir zainol > TQ yer sudi singgah sini..utk u kene buat donut kosong, lg jimat blajer

ida isk > gaya kuak lentang jer belum ada kak ida

masriyah > sama la ngan anak i mas..yg coklat dia kasik jilat abih dulu..coklat blm keras pun dah dikutil2

Ana > anak g mana?? dia blk kang meriah ler ngan donat memcm kaler yerr








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net