Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Feb-2008 05:11 Email | Share | Bookmark
NEW PROJECT - VANILLA SPONGE CAKE WITH PANDAN LAYER

 
 
 
Ronda2 dapor2 FP..jumpa mende nih..tingin ler wat..so umi try..guna Vanila sponge cake..
Buat ni dulu
..

Potong-potong..(ermm..leh tahan sdp, masuk bakul beb!!)..along n adik bwk bekal g skolah, bg my sis yg 2 org tu, bg sket kt pembantu i..licinnnn....
Petang balik kerja.."Umi..Teacher along nak order kek nih..sebijik mcm nih..tommorow dia nak!, Boleh umi?..OK....no problem!!!n..here's the result, sempoi jer..bkn kek besday pun..

Quote:
Kek Span Vanilla Resepi Chef Syazwani Bt Ahmad

Bahan bahan

4 biji Telur
125 gm Gula Kastor
125 gm Tepung Serbaguna ( superfine)
50 ml Air
60 gm Majerin cair
12 gm Ovelette
½ tsp Baking powder
1 tsp vanilla essence

Cara Penyediaan:

1. Putar kesemua bahan ( malainkan majerin cair ) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar
2. Masukkam mejerin cair perlahan-lahan dan kacau hingga sebati ( jgn kacau terlalu lama, span akan berminyak )
3. Tuang adunan kedalam tin pembakar yang telah di lenserkan dengan majerin dan taburkan sedikit tepung. Untuk tidak melekat.
4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190c atau gunakan gas nbr 5 selama 15-20 minit

Cara menyediakan adunan pandan:

1050g santan cair
225g gula castor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
75ml jus pandan
100 gm tepung hoenkwe hijau

Untuk hiasan - kelapa parut kering

Semua bahan di atas di masak di atas api sederhana, kacau selalu hingga ia jadi pekat.

Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yg lebih besar sedikit dari saiz kek. Tuangkan adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, tuang lagi adunan dan ulang hingga semua selesai. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja. Sejukkan di dalam peti ais. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan salutkan dengan kelapa kering.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net