Jasmeen's fotopages

By: Jasmeen HomeDelight

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Sep-2010 05:31 Email | Share | | Bookmark
Hantaran Kek & Cupcake - Hijau & merah jambu

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum.

Seminggu Syawal tempohari, anak menakan saya Nursaadah melangsungkan pertunangan dgn buah hatinyer Ustaz Syairoth....

Saya x dpt nak balik kg, sbb JHD dah start beroperasi..lg2 sbb musim raya...makanyer, hanya benda2 kt bawah ni saja sebagai wakil..



Ni cupcake - fully fondan...bunga2 dr fondan & bunga sugar paste petik kt taman Yen.






Yg ni Pandan layer Cake...bunga2 buttercream, wording dr edible (bkn dr A4 paper yerr)
tp sayang, smpi kampung, separuh bunga yg dkt curve tu, dah jatuh...sbb BC ni x berapa nak lekat ngan jeli...yg tukang amik kek pun, buat drift kot ...makanyer..hancusss lerr.....




Gambo2 hari kejadian x der...x smpt nak copy dr FB dorg..bz lerr


lg gambo terbaru >> http://chocolatevanilla-jasmeen.blogspot.com


Tuesday, 21-Sep-2010 04:00 Email | Share | | Bookmark
Update ler jugeeee....

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum...

Salam lebaran...

Maleh benornyer nak update..tp kene ler update...kang org jemu lak asik tgk gambo sama...
lg pun, kene ler letak gambo baru....update design utk customer reference..( yo yo o jerk bunyik nyerr yerr...) heheheh

1- Order dr Aishah staff PPD (kalo x silap...)



2- Order dr Aida..




3- Fruit tart & Blueberi cheese tart ni, ramai yg order...letih nak menaip sorang2...
niway, tqvm all..



4- Pandan layer...sapa pya ekk....lupa daa....



Gambar terbaru di http://chocolatevanilla-jasmeen.blogspot.com


Friday, 17-Sep-2010 04:06 Email | Share | | Bookmark
KUIH RAYA 2010

 
 
 
View all 5 photos...
org lain masuk resipi biskut raya, masa nak raya ri tu..saya lak terbalik...muahahha
bukan apa...sblm raye, bz tahap gaban naik syeikh...tu yg x sempt...

Ni kira nak mendokumentasi kan resipi yg benornyer...sng wat rujukan thn depan kalo pnjang umo..InsyaAllah..

Quote:

BASIC MUESSLI BASIL
(Sumber : Mat Gebu)


BAHAN-BAHANNYA
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil (mat guna badam, pecan dan kuaci)
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optioanl)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu
CARA MEMBUATNYA
1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....





Quote:

Coffee Almond Crunchy
(modified sendiri)
Bahan-bahan
Bahan A
250 g Margerin
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen coffee atau Coffee Emulco

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum
20 g serbuk koko
1 sdb Nescafe
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
50g Oat

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara



Quote:

Cornflake Madu
(sumber : MamaFami)
Sumber : Baya

Bahan-bahan :

90g gula kastor
110g mentega
6 sudu besar madu atau golden syrup

Campuran Cornflakes :

120g cornflakes
120g bubble rice (yang plain bukan yang chocolate)
100g kacang/badam (bakar dulu sikit).

Kaedah penyediaan :

1. Masak atas api sehingga mentega, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja.
2. Kemudian tuangkan ke dalam campuran cornflakes.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F selama 11 hingga 12 minit.



Quote:


Tart Nenas JHD
BAHAN A

250 GM BUTTER OR MARGERIN
3 SUDU MAKAN GULA KASTOR
2 BIJI KUNING TELUR
2 STEH ESEN VANILLA

B.
220 GM TEPUNG GANDUM
150 GM TEPUNG JAGUNG


HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA
PAPER CUP
KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A
2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.
3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..
4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG..
5. MASUKKAN KEDALAM PAPER CUP DAN SAPU KUNING TELUR DI ATASNYA.
6. BAKAR 25 MINIT



Quote:

Semperit Dwi Warna


Bahan-bahan
300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum (tmbah 2 sdb lg sbb masa bakar kelopak bunga jatuh..)
2 biji kuning telur
Pewarna Merah / hijau


Hiasan
Manik silver secukupnyer

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (satu warnakan hijau, satu lg warnakan merah)
5. Terap acuan bulat utk doh warna hijau & paipkan doh warna merah atas doh hijau & hiaskan dgn manik silver.
5. Bakar 150C selama 20 minit.


Wednesday, 15-Sep-2010 06:27 Email | Share | | Bookmark
Order hari raya 2010

 
 
 
View all 6 photos...
Salam lebaran..

Maka bermula la raya kt bandar plak...selepas 1 week raye kt kg...
meriah ler bandar2 ngan open house pas nih...& akan bertambah ler berat badan...huwaa!!...


Ni sebahagian dr gambo2 order utk raya ari tu....byk gak yg x dan nak amik gambo..nak siapkan tempahan pun, hmpir putus napeh....bak kata ZaimyPut3..separuh nyawaku mau pergi....
yg ni pun kira gambo yg terselamat dr misi si Along...yg dok asyik menDELETE gambo lam kamera sbb nak beri laluan pd gambo raya katanyer....
pd yg x der gambo tu, mntk maap zahir batin yer.....







Lagi gambo terbaru >> http://chocolatevanilla-jasmeen.blogspot.com


Monday, 6-Sep-2010 02:38 Email | Share | | Bookmark
SALAM LEBARAN

 



Selamat menyambut Aidil fitri pada semua pengunjung FP Jasmeen HomeDelight.
Mohon kemaafan atas segala salah silap setahun yang lalu.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA....DONT SPEEDING!!...
ingat org yg tersayang yg menanti anda.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net